RABU bukan menjanjikan nahas sepertimana yang selalu disalah sangka. Segala ciptaan dan rancangan Allah SWT tiada sedikitpun dijadikan sia-sia kerana Dia Maha Mengetahui lagi Bijaksana terhadap segala ketentuanNya. Hindarkan diri dari sebarang dosa dan was-was, agar kita tidak dibebani dengan kekesalan lantaran kurangnya ilmu di dada.
Diberitakan, inilah hari di mana Nabi Ibrahim AS mula membangunkan rumah Allah di kawasan tandus yang jauh dari manusia. Semua itu dilakukan lantaran menyahut perintah Ilahi agar baginda menempatkan anak dan isteri di suatu tempat yang akan menjadi tumpuan setiap hambaNya yang akan merayu dan memohon keredhaanNya.
Semoga sejarah hari Rabu akan menjadikan kita manusia yang cekal seperti cekalnya Nabi Ibrahim AS menjalankan segala perintah Yang Esa, tanpa sebarang keraguan atau persoalan kerana Dia telah menjanjikan ganjaran bagi setiap ketaatan dan nikmat setelah setiap cubaan, insya Allah.
0 Reviews