Sembahyang adalah ibadat utama yang diperintah oleh Allah atas setiap orang mukmin yang baligh dan siuman serta berkewajipan mengerjakan segala suruhan agamanya. Tidak ada keraguan mengenai hukum ini. Memang ramai orang mukalaf telah dapat menunaikan sembahyang menurut perintah dan kaedah yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadis-hadis mutawatir mengenainya.

Seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab Fiqh. Tetapi mungkin ada di antara mereka yang mengerjakan sembahyang itu masih kurang berjaya dan tidak mendapat manfaat 100 peratus dari sembahyang mereka kerana tidak dapat menghayati sembahyang itu sepenuhnya oleh beberapa sebab.

Tidak khusyuk dalam sembahyang adalah di antara sebab-sebabnya. Khusyuk adalah jiwa sembahyang. Malangnya khusyuk tidak mudah dicapai oleh setiap muslim. Maka untuk menghayati sembahyang dan mencapai kesempurnaan zahir dan batin hendaklah setiap muslim mencapai khusyuk dalam sembahyangnya. Allah telah menjanjikan kemenangan atas orang mukmin yang khusyuk dalam sembahyang mereka. Mudah-mudahan kita dihimpunkan dalam golongan orang-orang mukmin yang beroleh kemenaangan dan kejayaan.

Solat adalah ibadat utama yang diperintahkan oleh Allah SWT atas setiap orang mukmin yang baligh dan siuman serta berkewajipan mengerjakan segala suruhan agamanya.

Buku ini menyentuh tentang kaifiat solat, adab mendirikan solat, rahsia solat 5 waktu, memakmurkan masjid dan solat jemaah. Semoga penjelasan yang diberikan akan meningkatkan lagi kualiti solat kita. InsyaAllah.

  • Wanita bersolat jemaah bersama-sama wanita, boleh diimam oleh wanita, tiada nas menegah berbuat demikian.
  • Wanita boleh berjemaah bersama-sama lelaki dengan diimami oleh lelaki.
  • Nabi SAW bersabda: seseorang yang tidak hadir berjemaah apabila mendengar azan disuruh bakar rumahnya bersama-sama penghuninya sekali.
  • Sebelum solat susun doa hajat untuk dibaca di dalam sujud, doa dalam sujud merupakan tempat terbaik.
  • Menangis, mengeluh dan mengerang tidak batal dalam solat.
  • Tidak batal solat mengendong kanak-kanak dan binatang-binatang yang suci.
  • Tidak batal solat membunuh ular dan lipan.
Tajuk: Rahsia Solat Lima Waktu
ISBN: 9833171176
Penerbit: Progressive Publishing
Penulis: Abdul Aziz Ismail
Muka Surat: 197
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.20
Dimensi (inch): 5" x 7.5"
Availability: In Stock
price/RM10.90

0 Reviews