Solat merupakan tiang agama, tanpa solat agama akan runtuh. Ianya juga merupakan jalinan kemesraan yang disulami melalui hubungan batin antara hamba dan Khaliq. Puncak sesuatu perkara ialah Islam dan tunjangnya adalah solat yang dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.
Pendekatan mendidik anak hari ini memerlukan kaedah galakan dan nasihat yang sesuai selari dengan perkembangan semasa. Wajar setiap ibubapa atau penjaga mereka mengajar dan melatih anak-anak untuk mendirikan solat. Corak yang dilakar dapat mencantikan keperibadian yang menjamin kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Semoga buku ini dapat membantu dalam membentuk dan mendidik peribadi serta tingkah laku anak-anak kita menjadi benih dan modal insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Moga ada manfaatnya kepada kita semua, insya Allah.
Tajuk: | Mendidik Anak Menyintai Solat |
---|---|
ISBN: | 9789830464008 |
Penerbit: | Darul Nu'man |
Penulis: | Dr. Amani Zakaria Al-Ramadi |
Muka Surat: | 69 |
Halaman: | hitam putih |
Format: | Paperback |
Berat (kg): | 0.08 |
Dimensi (inch): | 5"x 7.5" |
Availability: | In Stock |
0 Reviews