Kewajipan Mendidik Hati Memiliki Sifat Terpuji & Menjauhi Sifat Terkeji

Kewajipan Mendidik Hati Memiliki Sifat Terpuji & Menjauhi Sifat Terkeji

Price:

Memperkatakan tentang akhlak mulia atau akhlak terpuji yang kita sebut juga sebagai sifat mahmudah, ia bukan seperti mana kita memperkatakan tentang pendidikan moral atau nilai-nilai murni dalam kehidupan. Akhlak mulia atau akhlak terpuji di dalam ajaran Islam, bukan sahaja sifat-sifat terpuji seseorang itu dengan sesama manusia tetapi yang lebih utamanya ialah sifat--sifat terpujinya kepada Allah SWT. Ertinya, akhlak seseorang itu terdiri dari akhlaknya kepada sesama manusia dan juga akhlaknya kepada Allah SWT.

Belum lagi sesorang itu dikatakan memiliki akhlak mulia atau akhlak terpuji, kalau sekiranya dia hanya dapat berakhlak sesama manusia tetapi tidak berakhlak dengan Allah SWT. Di dalam ajaran Islam, kalau seseorang itu dikatakan berakhlak mulia, dia bukan sahaja pemurah, pemaaf, suka menolong orang, lemah lembut, toleransi dan sebagainya malah dia juga seorang yang sabar, redha, tawakal, tawaduk, takut kepada Allah, malu dengan Allah, cinta Allah, bersyukur dan sebagainya.

Tajuk: Kewajipan Mendidik Hati Memiliki Sifat Terpuji & Menjauhi Sifat Terkeji
ISBN: 9789833171149
Penerbit: Progressive Publishing
Penulis: Abdul Aziz Ismail
Muka Surat: 100++
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.2
Dimensi (inch): 5" x 7.5"
Availability: In Stock
price/RM10.90

0 Reviews