Dalam Islam, sesungguhnya setiap ibadat yang diwajibkan ke atas para penganutnya ada hubung kait dengan kehidupan dan kemaslahatan mereka. Begitulah ibadat puasa sama ada yang wajib mahupun sunat mempunyai kelebihan tersendiri dari segi ganjaran pahalanya, malah boleh menjadi ubat yang mujarab bagi pelbagai jenis penyakit.
Amalan berpuasa sebenarnya menyediakan ruang dan daya kekuatan supaya kita dapat menajamkan fokus (daya tumpuan), meningkatkan daya fikiran dan kreativiti minda serta dapat menguatkan spiritual/ruhani bukan sahaja untuk merehatkan organ perut setelah sekian lama bekerja memproses makanan. Apabila rasa lapar dan dahaga dapat diatasi dengan kekuatan-kekuatan tersebut, maka zat-zat makanan yang kebanyakkannya telah tersimpan di dalam organ hati dapat ditukar menjadi tenaga.
Amalan terapi/rawatan penyakit ketika berpuasa mempunyai rahsia kekuatan penyembuhan sebanyak sembilan kaliganda berbanding kaedah yang lain. Penyakit yang sangat berkesan untuk disembuhkan dalam proses yang dipanggil pembersihan hati ini adalah seperti Hepatitis, penyakit berkaitan pembuluh darah, tekanan darah tinggi, radang usun dan sebagainya.
Namun tidak semua orang menyedari manfaat puasa. Masih ada lagi masyarakat kita yang tidak menjalani ibadat ini. Dengan membaca buku ini dapat meleraikan segala pertanyaan dan keraguan mengenai kelebihan berpuasa. Terbuktilah kebenaran pesanan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud "Berpuasalah kamu, nescaya kamu akan sehat".
Tajuk: | Hikmah Terapi Puasa: Puasa Kerana Allah |
---|---|
ISBN: | 9789675115110 |
Penerbit: | Al-Hidayah |
Tajuk Asal: | At-Tadawi bi As-Saum |
Penterjemah: | Mohd Basri Bin Yusof |
Muka Surat: | 127 |
Halaman: | hitam putih |
Format: | Paperback |
Berat (kg): | 0.15 |
Dimensi (inch): | 5" x 7.3" |
Availability: | In Stock |
0 Reviews