Segala suatu kejadian yang berlaku ada penyebabnya. Itulah Sunnatullah pada alam maya. Dalam perjalanan manusia mencari kebahagiaan, berbagai rintangan dan cabaran perlu dilalui agar terpisah antara yang bersungguh-sungguh daripada yang acuh tak acuh.
Begitu juga halnya dengan bala bencana. Ianya tidak turun melainkan pada umat yang derhaka. Umat yang melanggar perintah Khaliq, melawan arus kemanusiaan, mempersendakan Rasul dan para utusan hingga ada yang mengaku dirinya Tuhan. Segala kebenaran dicaci, kenikmatan dikufuri dan kesempatan dibaziri berlalu tanpa peduli. Bagi mereka kehidupan di dunia hanya sekali sahaja, lakukanlah segal yang terlintas dihati dan tergambar di fikiran tanpa perlu menoleh apakah ia Dirahmati atau mendapat laknat Ilahi.
Semoga kita dapat mengambil manfaat dan pengajaran dari perkara-perkara yang menyebabkan turunnya bala, seterusnya menjadi hamba yang lebih bertakqa, amin. Insyaallah.
Tajuk: | 15 Sebab Turunnya Bala |
---|---|
ISBN: | 9830463974 |
Penerbit: | Darul Nu’man |
Penulis: | Adil Akhyar |
Muka Surat: | 109 |
Halaman: | hitam putih |
Format: | Paperback |
Berat (kg): | 0.15 |
Dimensi (inch): | 5" x 7.5" |
Availability: | In Stock |
0 Reviews