Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi

Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi

Price:

Tasawuf ialah mensucikan hati daripada terikat dengan makhluk, meninggalkan perangai tabi'e yang buruk, memadamkan sifar-sifat kemanusiaan yang buruk, menjauhi dorongan nafsu, bersifat dengan sifat kerohanian, berpegang dengan hakikat segala perkataan, mengutamakan Allah pada setiap masa, menasihati seluruh umat, menyempurnakan janji kepada Allah dan mengikut syar'iat Sayyiduna Rasulullah S.A.W.

Takrif tasawuf ini datangnya dari seorang ulama' salaf iaitu Sheikh Junaid al-Baghdadi. Wallahua'lam.

Adapun sufi pula ialah orang-orang yang mensucikan dirinya daripada kekotoran, memenuhi fikirannya dengan bertafakur iaitu memikirkan kebesaran Allah dan memutuskan hubungan yakni hatinya dengan manusia untuk menuju kepada Allah dan sama di sisinya antara emas dan lumpur.

Takrif sufi ini datangnya dari seorang ulama' salaf iaitu Imam Sahl bin Abdullah al-Tustari. Wallahua'lam.

Terdapat 15 bab iaitu:

Bab 1 - Sejarah Kewujudan Tasawuf

Bab 2 - Ajaran Tasawuf pada zaman Khulafa' al-Rasyidin

Bab 3 - Landasan Tasawuf; Ilmu dan Amal

Bab 4 - Ilmu-ilmu Dasar Kaum Sufi

Bab 5 - Sanad dan Khirqah dalam Ajaran Kaun Sufi

Bab 6 - Kekeliruan tentang Syariat dan Hakikat

Bab 7 - Sanggahan Terhadap Pembahagian Tasawuf

Bab 8 - Fenomena Syatahat dalam kalangan Ahli Sufi

Bab 9 - Akidah Hulul dan Wahdah al-Wujud

Bab 10 - Dasar Akidah Kaun Sufi

Bab 11 - Ahli Sufi Angkatan Pertama

Bab 12 - Cabaran Golongan Antitasawuf

Bab 13 - Fitnah Terhadap Sebahagian Wali ALLAH

Bab 14 - Perkembangan Tasawuf di Nusantara

Bab 15 - Mengenali Sufi Sejati dan Sufi Palsu..

Tajuk:Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi
ISBN:9789675370427
Penerbit:Yameni Angle
Penulis:Ustaz Yusri Abd. Karim
Muka Surat:244
Halaman:hitam putih
Format:Paperback
Berat (kg):0.360
Dimensi (inch):5"x 8.3"
Availability: Sold Out
price/RM25.90

0 Reviews