Sesungguhnya doa mengandungi pengertian yang besar sekali, kerana doa merupakan ibadah, jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Namun di zaman akhir ini, doa telah tersebar dengan meluas sekali sehingga benar dan mana pula yang tidak wajar dijadikan doa. Kepercayaan tahyul telah menjadi perkara yang lazim terdapat di kebanyakkan wilayah dan diterima sebagai sebahagian dari amalan di dalam agama. Di samping itu, banyak doa-doa yang tidak dapat dalam Islam beredar di kalangan umatnya.
Peranan yang dimainkan oleh doa didalam kehidupan seorang Islam ialah bahawa doa itu mengingatkannya tentang komitmennya terhadap Islam. Walaupun Islam merupakan satu sistem hidup yang sempurna, kehidupan itu sendiri mempunyai kepentingan dan urusan tersendiri yang dapat menundukkan dan melekakan seseorang itu sehingga menjadikannya lupa kepada Tuhannya dan agamanya.
Doa sentiasa tetap bersama orang yang ingin berdoa di sepanjang urusan hidupnya, amal perbuatan dan keperluannya apabila dia meninggalkan rumah di sepanjang perjalanan ketika berkenderaan, apabila sampai ke majsid, apabila dia ingin mengambil wudhu’ ketika bekerja, ketika makan, bersama keluarga, di dalam urusan –urusan yang dihadapi dan seterusnya.. hinggalah harinya berakhir dan dia kembali ke katil untuk tidur.
ISBN: 983077144X
Penerbit: Perniagaan Jahabersa
Penulis: Siddiqah Sharafuddin
Muka Surat: 100+
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.18
Dimensi (inch): 5.7" x 8.5"
Availability: In Stock
0 Reviews