Agama Islam adalah manhajulhayah atau jalan hidup, yang merupakan pedoman untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sebagai sumbernya Rasulullah SAW telah meninggalkan dua pusaka iaitu Al-Quran dan hadith yang disampaikan dalam bahasa Arab. Sesungguhnya merupakan tanggungjawab setiap umat Islam untuk mempelajari bahasa Arab supaya mudah memahami Al-Quran dan hadith tersebut.
Buku Cara Belajar Bahasa Arab ini sangat berguna bagi memperdalamakan tatabahasa Arab, kerana kaedah-kaedah dalam buku ini disusun secara sistematik. Dimulakan dengan kalimah isim, fi'il serta bahagian-bahagian lain yang dijelaskan secara berperingkat-peringkat. Semuanya membantu setiap individu yang ingin meningkatkan pembelajaran dalam bahasa Arab, sehingga memudahkan memahami ilmu lain.
Semoga buku ini bermanfaat
ISBN: 9830994953
Penerbit: Al-Hidayah
Penulis: Mukhlas Asy-Syarkani
Muka Surat: 152
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.2
Dimensi (inch): 6" x 9"
Availability: In Stock
0 Reviews