Setiap pasangan suami isteri patut mengetahui bahawa terdapat banyak perkataan yang tidak boleh disebut sesuka hati seperti lafaz ZIHAR dan ILA' kerana ia adalah HARAM dan boleh membawa padah kepada perkahwinan.
Zihar dan ila' banyak berkait rapat dengan perhubungan KELAMIN antara suami isteri. Terdapat banyak ungkapan atau perkataan berkaitan zihar dan ila' yang berunsur SEKSUAL dan jarang sekali diketahui hukumnya.
Buku ini cuba mendedahkan beberapa ungkapan dalam bahasa dan budaya MELAYU yang boleh mencetuskan hukum zihar dan ila'. Oleh itu, anda perlu mengetahui hukumnya sebelum terlanjur kata atau terus hidup bergelumang DOSA dalam alpa.
- Penerbit
Juraish bin Kamaruddin lulusan pascasiswazah UIAM dalam pengkhususan fiqh, ushul fiqh, undang-undang dan kehakiman Islam, ialah seorang pengamal dalam profesyen undang-undang Syariah. Beliau telah banyak mengendalikan kes-kes kekeluargaan di Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Pada tahun 2005 beliau telah ditauliahkan sebagai seorang Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju' Orang Islam Negeri Selangor serta wali raja (wali hakim) oleh DYMM Sultan Selangor.
KANDUNGAN
BAB 1 - Pengertian Zihar Dan HukumnyaBAB 2 - Memahami Skop Dan Konsep Zihar
BAB 3 - Rukun Dan Jenis Zihar
BAB 4 - Jenis Mahram Dan Anggota Zihar
BAB 5 - Penyamaan Dengan Perwatakan Mahram
BAB 6 - Penggabungan Zihar Dan Talaq
BAB 7 - Hukum Berangkit Daripada Zihar
BAB 8 - Zihar Menurut Undang-Undang
BAB 9 - Pengertian Ila' Dan Hukumnya
BAB 10 - Memahami Rukun-Rukun Ila'
BAB 11 - Mengenali Jenis-Jenis Ila'
BAB 12 - Hukum Berbangkit Daripada Ila'
BAB 13 - Tuntutan Berbangkit Daripada Ila'
BAB 14 - Ila' Menurut Undang-Undang
BAB 15 - Rumusan Dan Cadangan
ISBN: 9789834369705
Penerbit: Darul Minhaj
Penulis: Juraish Kamaruddin Al-Muhaimi
Tahun Terbitan:
Muka Surat: 204
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.3
Dimensi (inch): 6" x 8.5"
Availability: In stock
0 Reviews