Khilaf Perselisihan Pandangan Dalam Agama

Khilaf Perselisihan Pandangan Dalam Agama

Price:
Secara fitrah, manusia sememangnya dikurniakan kekuatan dan cara pemahaman yang berbeza antara satu sama lain. Atas fenomena tersebut, terbit banyak perbezaan pandangan di kalangan mereka seterusnya membentuk pelbagai aliran.

Oleh kerana perbezaan pandangan tanpa batasan semakin membarah, membuatkan mereka semakin jauh menyimpang dari syariat Islam yang diiktiraf oleh Allah s.w.t sebagai satu-satunya cara hidup. Kemudian diutus para nabi dan rasul untuk membimbing manusia menuju keredaan Allah s.w.t. Kehadiran para nabi dan rasul Allah s.w.t bertujuan sebagai guru dan pembimbing kepada manusia. Menceritakan khabar gembira buat mereka yang taat mengikuti Islam secara sempurna dan memberi peringatan azab pembalasan di akhirat kelak kepada mereka yang ingkar. Dengan itu disertakan bersama utusan-utusan Allah s.w.t, kitab yang menjadi rujukan buat manusia.

Justeru, perenan kita adalah berusaha mengejar kelayakan semoga Allah s.w.t mengurniakan hidayah dalam pencarian terhadap kebenaran yang hakiki. Dengan kesungguhan itu, moga dibimbing ke jalan yang lurus. Ia mencakupi aspek aqidah, ibadat, cara hidup dan syiar syariat Islam yang ulang. Kesimpulan secara umum yang umum yang boleh diambil, sesungguhnya perbezaan pandangan ataupun khilaf antara manusia dikenal pasti terbahagi kepada tiga bahagian.
Tajuk: Khilaf Perselisihan Pandangan Dalam Agama
ISBN: 9789675426896
Penerbit: Mustread
Penulis: Abdul Mu'izz
Muka Surat: 300
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.52
Dimensi (inch): 5.5" x 8.5"
Availability: Sold Out
price/RM26.90

0 Reviews