Tanbihul Ghafilin Peringatan Bagi Yang Lupa Jilid 1&2

Tanbihul Ghafilin Peringatan Bagi Yang Lupa Jilid 1&2

Price:
Tanbihul Ghafilin Jilid 1&2

(PERINGATAN BAGI YANG LUPA)

Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan sifat semula jadi iaitu betabiat resah gelisah lagi bakhil kedekut.Apabila ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut.Dengan sifat dan tabiat ini sekiranya Allah berikan kepadanya pelbagai kenikmatan dunia maka dengan mudahnya ia lupa, sombong bahkan berasa takbur seakan-akan ia merupakan kejayaan yang datang atas hasil jerih payahnya sendiri.Makhluk bernama manusia ini tidak sedar bahawa segala nikmat yang diberi oleh Allah SWT merupakan kurniaan yang hendaknya digunakan untuk kemaslahatan dan kerbaikan semata.

Walaupun demikian,sifat dan tabiat buruk itu tidak berlaku atau ianya dikecuaikan bagi mereka yang sentiasa tetap dalam mengerjakan solat, mereka yang mengasingkan bahagian hartanya kepada orang-orang yang maklum iaitu untuk orang miskin yang meminta dan menahan diri.Dan mereka yang percayakan hari pembalasan dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai bukti, dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya serta menjaga kehormatannya.

Sebagai ingatan....tidak asing lagi buku ini telah ditulis dan dikumpul oleh Abu Laith as-Samarqandi, di dalamnya berisikan nasihat hikmat agar memudahkan kita untuk sentiasa membaca, bertadabbur dan bermuhasabah diri atas segala kesilapan dan kelupaan sama ada yang disengaja ataupun tidak. Beliau telah memperbahaskan bahkan menghuraikan dengan terangnya tentang masalah-masalah yang berkait rapat dengan perilaku manusia, bermulakan dari niat, beratnya maut dan seksa kubur, tentang akhlak, keutamaan amal yang membawa kepada kejayaan. Semua aspek kehidupan terangkum di dalamnya.

Insya Allah buku ini akan banyak memberi manfaat terutamanya bagikaum muslimin dan muslimat, generasi muda dan para pendidik untuk sentiasa saling memberi nasihat dan bermuhabah menuju ke arah kebaikan dan kebenaran. Selamat membaca.....
Tajuk:Tanbihul Ghafilin Peringatan Bagi Yang Lupa
ISBN:9789839395747
Penerbit:Pustaka Jiwa
Penulis:Abu Laits As-Samarqandi
Muka Surat:1030
Halaman:hitam putih
Format:Hardcover
Berat (kg):1.4
Dimensi (inch):6.5" x 9.3"
Availability: Sold Out
price/RM57.90

0 Reviews