SIFAT 20 & PENGENALANNYA

Akidah yang teguh dan mantap menjadi dambaan mukmin sejati.Segala sifat Pencipta dan keagunganNya menjadi sandaran bagi diri yang lemah dan serba kekurangan.Bermula dengan mengetahui,mengenal dan beramal, diri insan akan melangkah ke alam hakiki menuju rahmat dan sentiasa di bawah naungan ilahi.

Perkenalan akan melahirkan rasa cinta. Cinta pada Pencipta yang kekal abadi mendorong insan berwaspada setiap masa. Segala perlakuan hanya untuk Allah yang Maha Esa.Diri Disinari akhlak mulai, resah dan gundah gulana diadukan padaNya. Segala keperitan dan kepayahan diterima, kerana itulah tanda redha pada Yang Maha Berkuasa.

Semua hanya untukNya hingga tiada lagi rasa sengsara melainkan dipenuhi cinta yang sempurna.Keindahan dunia hilang dan fana pada mata yang dapat menyingkap hakikat hamba.Kesucian tetap terpelihara untuk Dihadiahkan kepadanya apabila sampai ketika. 

Semoga buku ringkas ini dapat meleraikan kemusykilan yang bermain di minda setiap Muslim sejati dan panduan untuk mengenal Allah dengan segala sifat keagungannya, insya Allah.

Whatsapp untuk pertanyaan
Tajuk: Sifat 20 & Pengenalannya
ISBN: 9789830463766
Penerbit: Darul Nu'man
Penulis: Abd Rahman Abd Majeed
Muka Surat: 105
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.14
Dimensi (inch): 5" x 7.5"
Availability: In Stock
price/RM5.90

0 Reviews