Panduan Menghafal Al-Quran
Sesuai Juga Bagi Mereka Yang Ingin Menghafal Ayat-Ayat Atau Surah-Surah Pendek Al-Quran
Merupakan tanggungjawab bagi setiap insan untuk mengimani, mempelajari, memahami, mengamalkan dan mempertahankan pengetahuan dan nilai kebenaran yang terkandung didalam Al Quran.
Sesungguhnya Al Quran adalah Kalam Allah yang diturunkan untuk seluruh umatnya sebagai nur menerangi kegelapan hati dan cahaya bagi menyinari kehidupan.
Menghafal Al Quran merupakan amalan yang dapat membimbing jiwa dan fikiran, kerana jika kita mampu menjaga hafalan agar senantiasa ingat sepanjang hayat maka ia akan menjadi ibadah yang berkekalan disamping menjadi teman di alam mendatang.
Buku yang ada di tangan anda ini merupakan panduan untuk mendedahkan kaedah menghafal Al Quran dengan lebih sistematik, praktikal dan berkesan bagi para pembaca.Kaedah ini juga sesuai bagi mereka yang ingin menghafal ayat-ayat atau surah-surah pendek.Semoga ada manfaatnya,Insya Allah.
Tajuk | Panduan Menghafal Al-Quran |
---|---|
ISBN: | 9830461165 |
Penerbit: | Darul Nu'man |
Penulis: | Abu Mazaayaa Al-Hafiz |
Muka Surat: | 89 |
Halaman: | hitam putih |
Format: | Paperback |
Berat (kg): | 0.110g |
Dimensi (inch): | 5.6" x 8.3" |
Availability: | Sold Out |
0 Reviews