Kitab "Bidayatul Hidayah" ini adalah di antara kitab karangan Iman Hujjatul Islam Al Ghazali R.A. yang banyak diberi berkat oleh Allah Taala. Ia merupakan ringkasan atau pati kepada kitab Ihya Ulumiddin. Dan Kitab ini telah banyak memberi faedah dan bimbingan bagi setiap orang yang mentelaahnya dengan niat yang ikhlas untuk mengamalkan isi dan kandung-annya.Faedah dan manfaatnya sudah jelas dan tidak dapat diragukan lagi.
Sebenarnya kitab "Bidayatul Hidayah" ini telah pun diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Al Alim Al`Allamah Syeikh Abdul Samad Al Falimbani R.A. (meninggal dunia sekitar tahun 1203 H) dan beliau namakan terjemahan tersebut dengan nama 'Hidayatus Salikin fi Suluki Muttaqin" iaitu kitab yang tersangat masyhur di Asia Tenggara ini dan sangat banyak berkatnya. Ia mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan huraian yang lengkap serta tambahan yang sangat besar faedahnya. Dan tujuan kita menterjemahkan semula kitab ini hanyalah untuk menampilkan satu terjemahan baru yang lebih ringkas dan sesuai bagi meraikan kemampuan generasi yang ada sekarang ini.
Kitab Bidayatul Hidayah ini juga telah disyarah oleh seorang ulama nusantara iaitu Sheikh Muhammad Nawawi Al-Jawi dalam bahasa arab yang diberi nama Maraqil Ubudiyah dan kini telah terdapat terjemahannya di dalam bahasa Indonesia.
Tajuk: BIDAYATUL HIDAYAH - PERMULAAN JALAN HIDAYAH
ISBN: 9789832052746
Penerbit: Pustaka Darus Salam
Penulis: Imam Al-Ghazali
Muka Surat: 200
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.2
Dimensi (inch): 5.5" x 7.5"
Availability: In Stock
price/RM15.90
ISBN: 9789832052746
Penerbit: Pustaka Darus Salam
Penulis: Imam Al-Ghazali
Muka Surat: 200
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.2
Dimensi (inch): 5.5" x 7.5"
Availability: In Stock
0 Reviews